SEJARAH



Tahun 2009 merupakan tahun kesebelas kewujudan SMK Bako yang terletaknya kira-kira 35 kilometer dari pusat Bandar raya Kuching. Sekolah ini boleh dihubungi dengan mengunakan jalan darat yang telah berturap. Warga sekolah ini terdiri daripada 102 orang guru. Pelajar-pelajar SMK Bako kebanyakan meginap di asrama kerana ada diantara pelajar berasal dari kampung Beradek dan kampung Semilang. Hal ini kerana kampung mereka tidak ada jalan darat dan hanya boleh dihubungi dengan jalan sungai yang berpangkalan  di kampung Goebilt. Pelajar ini dibenarkan pulang ke kampung masing-masing pada hujung minggu atau dua kali dalam tempoh sebulan.

Pelajar harian pula kebanyakannya tinggal di kampung Bako, kampung Muara Tebas, kampung Goebilt, kampung Hijrah, Kampung Senari, Kampung Selabat dan Kampung Sejingkat. Sebelum ini anak-anak penduduk kampung berkenaan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Bandar Kuching dan terpaksa mengunakan jalan sungai yang mengambil masa berjam-jam lamanya. Mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan seperti masalah ombak, arus deras dan keadaan cuaca  yang tidak menentu.

Menyedari keadaan ini, pihak kerajaan telah membina SMK Bako. Jelas, kepayahan yang pernah dilalui sebelum ini tidak lagi dirasai oleh generasi atau pelajar pada hari ini.

Sebilangan besar ibu bapa pelajar SMK Bako bekerja sebagai nelayan. Namun terdapat juga yang bekerja di sektor awam dan swasta. Oleh itu, kebanyakan keluarga pelajar dalam kategori ini hidup sederhana. Walaupun kehidupan ibu bapa mereka agak sederhana tetapi tidak mematahkan semagat mereka untuk menghantar anak-anak belajar di SMK Bako.

Pada masa dahulu, kawasan tapak SMK Bako ialah hutan tebal. Sesetengah orang tidak terfikir kawasan ini dapat dibangunkan dalam tempoh yang  singkat. Berhampiran dengan sekolah ini pula, terdapat sebuah bukit yang terkenal dengan nama endou dan dikatakan berpenunggu oleh masyarakat kampung sekitar.

Kini segalanya sudah berubah. Proses pemodenan telah member keutamaan pendidikan kepada anak-anak kampung. Oleh itu, pihak kerajaan telah megambil langkah yang betul dengan membangunkan sebuah sekolah yang dianggap lebih mustahak untuk kepentingan Negara pada masa akan datang.

Bukit endou yang dipercayai berpenunggu telah diabadikan sebagai nama majalah SMK Bako yang kini sudah tampil dengan edisi kesepuluh.

Dengan  keluasan 20 hektar, SMK Bako mempunyai blok pentabiran, dewan perhimpunan (kini dikenali sebagai Dewan Endou), dewan makan, surau, kantin, gelanggang permainan, padang bola sepak, 24 buah bilik kelas, 25 unit rumah guru, 4 blok asrama pelajar, dan beberapa bilik khas lain seperti makmal sains, bilik computer, bilik pusat sumber,bilik khas lain seperti makmal sains, bilik computer, bilik pusat sumber, bilik bimbingan dan kaunsling, bengkel kejuruteraan, bengkel pertanian dan bengkel kemahiran hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan